Personalie

Tuesday, September 23, 2014

538

gua ada satu kenalan. dia. dari luaran. dari pakaian. dari gaya. dari rupa paras. gua simpulkan dia solehah. ye. dia juga selalu bagi kata nasihat pada gua yang masih bertatih dan banyak noda. ye. gua pendosa.

TAPI. 

satu yang buat gua tak berkenan tentang dia.

MULUT. mulut dia jahat.

gua juga salah. gua juga lemah. tak cuba bantah. tak cuba celah. time lu tengah marah. time lu lancar berpetah. tentang seorang "muslimah".

satu, dua, kali, gua boleh terima. jadi pendengar setia. luahan lu tentang rasa lu. rasa ditindas lu. tentang cakap-cakap belakang lu. umpat. fitnah. kejian. ye. gua akui. memang sakit. sakit dengar cerita kurang enak tentang diri. perit. tapi pointing back to yourself. why this happen? 

ingat! ini semua ujian.
bila berkereta mewah, Tuhan datang bagi ujian. dikeji, difitnah, diumpat, dipuji. lu akan diuji. 
bila paras rupa menawan. Tuhan datang bagi ujian. dikeji, difitnah, diumpat, dipuji. lu akan diuji.
bila tubuh badan sihat. Tuhan datang bagi ujian. dikeji, difitnah, diumpat, dipuji. lu akan diuji.
bila hati bersenangan. Tuhan datang bagi ujian. dikeji, difitnah, diumpat, dipuji. lu akan diuji. 

kekadang, people around you tak berkata apa tentang diri lu. kekadang lu rasa sendiri. lu rasa, orang dengki lu, orang khianat lu, orang benci lu. lu sedar tak, syaiton sedang berbisik pada lu. dekat dengan lu. rapat.

ini gua rasa. cuma dari amatan gua,

Tuhan, Dia nak uji lu. sehari-harian lu ke kuliah agama. mengali ilmu agama. untuk dipenuhi didada. diamalkan sentiasa. protect diri dari noda. 

seperit mana, sepahit mana, sesusah mana, ambilah yang positive. simpulkan yang baik-baik. 

jangan rosakkan hati. nanti kita rugi. 

buat lu dan sahabat,
bila kita bermasalah sesama manusia, the first thing that we need to do is SOLAT TAUBAT. 
sebab KITA PENDOSA.