Personalie

Monday, May 27, 2013

527

semalam, adinda gua minta tolong gua translate kan abstract beliau dari english ke bahasa melayu.. teruk betul adinda gua ini. terlalu lama duduk di siam, sehingga lupa bahasa rasmi Malaysia.


gua dengan berbekalkan semangat cintakan bahasa ibunda, berbesar hati untuk menyelesaikan masalah yang merumitkan kepala hotak adinda gua. 
 
"Satu ujian untuk menghasilkan sejenis bahan kalis api kos rendah telah dijalankan ke atas tiga jenis kerang yang dicampur bersama urea formaldehyde hardener, iaitu kerang pantai, kerang rebus dan kerang bakar dimana hasil kajian telah di uji dengan ujian kebakaran. dengan kerjasama pihak bomba dan penyelamat daerah gombak. kami telah dibekalkan dengan sepasang celoreng kaler oren yang melambangkan api yang sedang marak. gerun sungguh saya rasa.

semasa ujian kebakaran dilakukan, tiba-tiba seekor anak kambing tidak semena-mena datang untuk memakan rumput dikawasan ujian. kambing tersebut terkena percikan api dan kaki kiri kambing tersebut telah dihimpap oleh tong gas rumah cik munah iaitu jiran saya. 

saya datang berlari-lari untk menyelamatkan kambing tersebut. saya telah memberi bantuan pernafasan mulot ke mulot keatas kambing tersebut.. tiba-tiba ada seorang doktor pakar iaitu kakak saya (nadia) telah menyepak kepala saya dan menjerit tepat ke arah telinga saya yang besar ini dan mengatakan bahawa "kaki dia yang sakit, nape mulut kambing yang nak kau ciom"