Personalie

Tuesday, March 26, 2013

516

tempoh hari. sorang member gua text gua. "comel, bapak lu macam mana? ada orang kata bapak comel accident". eh? bila pulak bapak gua accident. tutt tutt. terus call rumah banglo 5 tingkat. "haa bapak accident. tak parah. cuma bapak tengah berperang dengan doktor. tahu-tahu la bapak tu macam mana dengan doktor kan. kalah budak darjah 4 kena sunat".

mereka di rumah sepakat tak mahu bagi tahu gua tentang kejadian yang menimpa bapak. "mak tahu anak mak. laju noo nak balik nya. mak tahu tentang comel. anak mak yang sorang ni..".  

mengikut mak gua merangkap bini bapak gua, bapak gua telah mendapat beberapa jenis ubat. tapi yang buat gua galau. bapak gua accident, doktor kasi ubat gastrik. er. gua yang tak cerdik atau doktor yang ..... ?


ini ujian dari Allah. semoga abah cepat sembuh.