Personalie

Tuesday, January 8, 2013

500

lukisan yang terpampang depan mata aku semalam, tak sempurna. comot. banyak kurang dia. ah bukan depan mata, lebih tepat, ia sipi mata. agak sejam juga aku berdiri dan terus merenung. kejauhan susuk lukisan itu. entah kenapa aku jatuh suka. nak aku sentuh, dia dalam kotak kaca.

entah siapa yang bakal milik dia. entah orang kaya. entah orang istana. entah orang jauh. entah orang dekat. berkuda atau berkereta. tapi mungkin 'poketnya' sempurna. setaraf dengan dia. comot tapi berharga.

hari ini aku selak surat khabar. seperenggan cerita tentang dia. dahh. lagi pasal dia. oh cinta.