Personalie

Monday, August 13, 2012

481

kita selalu sembang cerita tak ada topik, tak ada motif. kita main sebat sahaja apa kita nak sembang. kita masih ketawa dengan apa yang kita sembang. walau tak ada topik, walau tak ada motif. walau kita seperti sembang antara ayam dan kucing, kau fikir lain, aku fikir lain. tapi kita masih lagi terus sembang. hingga sekarang. kita tak perlu berhenti dan tanya sesama sendiri, "ehh, apa sebenarnya yang kita cakap?". tak perlu. lalu kita sama-sama ketawa. lalu kita sama-sama kerut dahi. kenapa? sebab kita dua-dua bangang. bila orang lain bertanya, apa jadi? jangan tanya. sebab kita dua-dua bangang.


terima kasih. itu sebab aku sayang kau, kawan.