Personalie

Sunday, July 8, 2012

472

semalam aku terkilan. seimbas perkataan "KUALA LUMPUR" terpempam. aku pilih "JOHOR BAHRU". dah berminggu aku pesan dekat mak yang aku pulang. dah satu family aku hebohkan aku pulang. hari jadi aku. aku nak balik. walau aku tahu, tak ada makan-makan, tapi hati memang nak balik. sempena birthday sendiri, aku hanya mahu gembirakan hati. PD-rawang tak jauh mana. peluang bukan selalu datang. tapi aku pilih jalan yang jauh. macam budak-budak tak dapat gula-gula. tak dapat gula-gula, dia menangis. dah tu sepanjang pemandu, aku merembeskan air mata. pemanduan yang bahaya. sebab aku mengantuk. memang perkara biasa. selepas aku penat menangis, aku tidur. tapi sebab hati tengah keras, aku teruskan juga. agak tak ada kereta di lane sebalah, belakang dan depan, aku pejam buat sesaat dua. aku cukup mengantuk. sudahnya sampai sahaja hostel, aku terus tidur. dengan tudung masih di kepala.

lewat petang, abang menelefon bertanya aku dimana. "iya dekat kolej. kenapa?". "ohh yeke. aritu cakap nak balik". oh diam-diam aku menangis. hati abang risau. lalu abah pula menelefon ku. "iya, iya ada apa-apa masalah ke? iya kena ingat, iya masih lagi dengan abah. kalau ada masalah, sekarang juga abah pegi sana." tak ada apa-apa abah. iya oke. malam sikit, mak pula menelefon. "hello iya." hello mak. "iya tengah buat apa tu?". ermm... "hello iya?? iyaaa.... dahhh dia dah tak nyahut. hello iya." ermm. nape. "nanti kalau ada masa, iya balik la ye?"... oke mak. hmmm

andai takdir tiada rezeki aku dijaga oleh pasangan ku, biarlah sampai mati aku disamping abah dan emak.