Personalie

Saturday, July 7, 2012

470

post yang ke 470. sempena birthday gua. terima kasih di atas ucapan-ucapan dan doa-doa untuk gua di hari genap 24 tahun gua hidup kat muka bumi ini. terima kasih kepada mereka yang tahu, tiba-tiba tahu, buat-buat tahu, dan buat-buat tidak tahu. terima kasih ya Allah. terima kasih kat abah, mak, ayong, syam, lala, nana, ery dan apit. disebabkan pada 4july gua berada di Port Dickson untuk menghadiri kursus, maka, gua celebrate birthday gua bersama DR erne dan nurul. terima kasih for cake red velvet. sedap kot! first time gua telan.  terima kasih dekat nurul sebab nyanyi lagu birthday. gua cukup malu tika itu. 

sempena dengan hari jadi gua, gua tak nak minta bunglow ke, kereta ke, emas ke, gigi besi atau pun jeriji besi. bukan material yang gua dambakan, gua hanya nak minta agar para hadirin sekalian mendoakan kejayaan gua di dunia dan akhirat. doakan agar dipermudahkan jalan gua untuk mencapai impian gua.. please. ;(  



biar sikit. dah manis dah. yang sikit itulah yang bermakna.