Personalie

Sunday, June 24, 2012

466

2'3'4 minggu ni gua sibuk. sibuk dengan hal dunia. penyelidikan gua agak terabai. tapi supervisor gua dah sedia maklum tentang hal ini. 24hb hari terakhir serah kunci. dengar cerita penduduk aras 9 tak dibenarkan menyewa bilik di situ. ini bermaksud, gua harus mengemas segala harta benda gua. banyak tak banyak barang gua, gua tak sure. masa mula-mula datang utm, gua just bawak dua beg kertas untuk isi baju-baju gua. baldi bantal semua tak ada. tapi itu hari, gua ada beli baldi, bantal dan pelbagai lagi barang-barang di pasaraya. maka, mungkin quantity barang gua bertambah. 

satu hal pulak gua nak kemas. dah la susun atur perabot, gua dah rombak habis-habisan itu hari. mati mati! cerah sikit hari ni, gua pergi la kemas barang. entah mana gua nak merempat untuk hari-hari akan datang. perlu ke gua ke kdse?? gua tak pasti. 

masa gua pun banyak di habiskan dekat makmal. dan ada masa gua akan ke Al-ikhsan. due date system adalah 30june. 3julai pulak, gua akan ke port dickson bersama rakan penyelidikan dan supervisor gua untuk melihat penyu bertelur . tak lama. 6julai gua balik semula ke johor. gua kira-kira macam mahu pulang ke rumah. alang-alang dah dekat. mahu bertemu akid. acik ude rindu dekat akid tau! gua rasa itu masa paling selamat untuk pulang. sebab risau juga dapat fly ke satu kawasan selama dua minggu. jika fly, maka puasa dan raya gua bukan bersama family. huhu..