Personalie

Tuesday, June 19, 2012

464

terkedu. gua mimpi beliau lagi. situasi berbeza. makna yang sama. kali ini buat gua betul-betul berdebar. kaget! gua cuba untuk tumpu pada kerja yang bertimbun. sesaat dua.. i'm damaged. sial! apa ni? apa ni? Mungkin gua manusia paling dungu untuk terus dengan perangai tiang gua. berdiri tegak dengan isipadu hati yang kosong, dilanggar baru bengkok.


jangan bazir masa. selagi ada ruang dan peluang, sebarkan cinta.
di hujung talian, gua dengar suara beliau. nah! cinta untuk lu.

dan

dan seperti sebelum sebelumnya. lu lebih khuatir akan diri gua berbanding diri lu.
itu sebab gua sayang mu, ibu