Personalie

Tuesday, June 12, 2012

455

untuk lu, wahai kekasihku. 
percayalah. gua beli lu memang untuk dilanggar oleh member-member lu yang lain. itu hari ada lahonet kasi patah nombor pendaftaran lu. gua suspek budak-budak futsal kolej perdana. gua rasa dia sepak bola dengan kelajuan 160km/j. bingai sungguh. nombor pendaftaran ni bagi gua seperti gigi manusia. element penting untuk menambahkan kekacakan lu. sekarang dah rompong. yang itu gua tak kecewa sangat. sebab benda patah, gua boleh repair. kasi tampal-tampal sikit, oke dah macho. tapi hati gua. bukan susah pun nak tinggalkan note minta maaf. pandai buat, pandai tanggung. arghh kecewa gua dengan masyarakat begini. hari ini plak, sedang gua memandu lu dengan kadar 20km/j, tiba-tiba gua rasa ada hentakan dari arah kiri. gua kaget. oh bebi. wat happen? tapi dalam keadaan huru-hara itu, gua masih dapat mengekalkan element-element ketenangan di dalam diri seperti tenangnya air di kolam mandi utm. yee. jangan disangka air yang tenang tiada boya.. gua menguak dengan segak pintu hati lu. dan terus melihat apa yang terjadi. hmm. tercalar lagi maruah lu der. melihat keadaan lu, gua pun tercalar pelangi dihiris gerimis. senja pun merangkak menuntup mentari. terbias warnanya ke wajah. lagu kedamaian tiada kedengaran.....

tak kemek, tak jantan la der.