Personalie

Sunday, June 3, 2012

447

bosannya hidup dekat sini. bosan bosan bosan. nak balik kampung ler. petang-petang macam ni kalau kat kampung, aku dah ada dekat pasar malam. tolong abah mak berniaga. keluar jumpa masyarakat. dekat sini aku buat apa?? tergolek-golek atas katil, macam orang tak ada matlamat hidup. useless!

ingat lagi. masa form3. jadual gila pack. pagi-pagi pergi sekolah. matahari belum muncol, aku dah terpacak dekat sekolah. habis sekolah, ada kelas tambahan. tak ada kelas tambahan, ada plak tuisyen. habis tuisyen, angah akan amik dekat tuisyen untuk bawak aku pergi pasar malam. sambil-sambil menjual tu buka buku. balik rumah dalam pukul11malam. siapkan diri. lepastu buat kerja sekolah. tido pukul berapa? aku pun tak tahu. sebab, selalunya aku akan tertongeng-tongeng dengan buku sekolah sekali. aku pun selalu nampak nana tido macam tu. dan ini peluang keemasan yang tak akan aku lepaskan untuk aku menyepak bontot nana dengan sekuat hati. hikhok

kadang-kadang tak pergi juga tolong menjual. duduk rumah dan belajar. tapi sebelum bukak buku tu, kena kemas rumah, mop lantai, basuh pingan mangkuk hayun, mangkok toilet, basuh baju, panaskan nasi and lauk, bancuh milo. pastu baru la bukak buku. rajin kan rajin kan. rajin la sangat. puii. buat kerja tak ikhlas. sebab kalau tak buat, nanti kena marah. hew hew hew. betol-betol tak guna gua ni! hik hik hok. padat memang padat. sekurang-kurangnya kita akan menghargai masa. sebab kita tahu, masa kita tak banyak untuk buat kerja-kerja lagho. time belajar, belajar betol-betol. time main, main betol-betol.

arghh itu rutin dulu. dulu. dah bertahun. sekarang aku malas! cukup malas. sangat pemalas. malas malasan. puiii. tak guna betol hidup. arghhh kenapa aku malas?!