Personalie

Friday, May 4, 2012

438

dalam tak sedar, dah lima hari masyarakat jejak bulan lima. aku rasa bulan ni, bulan tenang. defend proposal Projek Sangap pun dah selesai. tinggal lagi buat pembetulan. dah seminggu juga aku macam mayat hidup. hanya baring atas katil. ke kiri tidak. ke kanan pun tidak. hanya mata yang mampu bergerak mengikut pusingan kipas di syiling bilik. mungkin terlalu penat dengan perkara-perkara lampau, aku jadi begini.

seperti biasa. sering kali kita merancang sesuatu perkara. dan sering kali juga ianya gagal di laksanakan. maka, percutian ke temerloh dan berlanjutan ke cameron highland, tidak menjadi. ada hikmah. weekend yang sepatutnya aku berhabis beratus ringgit, akhirnya bertukar kepada rezeki yang masuk ke poket. insyaAllah, aku dan gigi61 akan bertugas di tapak konvo. rezeki jangan di tolak. kawan nak tolong kita cari duit tepi, kenapa mahu tolak, bukan? terima kasih nanad. cuma kali ini, aku low konfiden sikit. bukan tak biasa berniaga. since darjah lima aku dah terdedah dengan dunia jual beli. masuk keluar pasar malam. dah bermacam orang aku hadap. tapi aku tak pernah berniaga barang orang. ini pertama kali. jadi gementar itu harus ada.