Personalie

Saturday, April 7, 2012

428

ehemm hai saya shrek. eh tak. saya megat hafizuddin yaacop. hari khamis lepas iaitu tanggal 5april2012, saya telah mengalami kemalangan jalan raya yang tragis dan sedikit kemalangan jiwa. kecedaraan yang saya alami adalah sangat teruk dan mengerikan. depa cucuk tang sana, depa cucuk tang sini. adoii sakitnya. lemak yang tebal ditangan tidak menjamin ketahanan dan kekuatan tangan saya ini. coii! di sebabkan itu, saya telah patah tangan kanan setelah di langgar oleh raksasa jahat. lalu otomen atau lebih dikenali sebagai doktor, telah menyelamatkan saya dari luka berdarah ini. otomen juga telah berjaya mengesan beberapa keretakan di bahagian tengkorak kepala saya. hasil dari kepatahan dan keretakan yang saya alami, otomen telah membuat keputusan untuk menyimen bahagian-bahagian yang telah mengalami kerosakan dengan menggunakan simen. disebabkan anggota badan saya terlalu gagah dan perkasa, otomen telah menggunakan simen membuat rumah kerana simen yang biasa digunakan oleh orang kebanyakkan tidak dapat membendung kesakitan saya ini. pembedahan susulan dibahagian tengkorak kepala akan dilakukan tidak lama lagi untuk mengantikan tengkorak yang baru. mungkin akan terdapat sedikit perubahan di bahagian wajah saya dan mungkin wajah saya akan berubah sedikit menyerupai wajah beto kusyairi. oke itu sahaja buat masa ini.

ACKNOWLEDGMENT: saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang mendoakan kesejahteraan saya. terima kasih kerana menghadirkan saya disetiap doa kamu semua. terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang datang melawat saya ketika saya di hospital. terima kasih kepada izzuan yang mengambil gambar ini.