Personalie

Tuesday, April 3, 2012

425

hai. saya megat hafizuddin. impian saya sejak tadika adalah untuk membuka sebuah kedai bundle yang termasyur di Penang. hebat kan saya? ye! saya tahu. saya memang hebat. kecik-kecik lagi saya dah berpikiran jauh. berbeza dengan kanak-kanak yang sebaya dengan saya yang pada waktu itu hanya tahu bermain pondok-pondok. oh bila bercerita tentang pondok-pondok, memang nasib saya. faktor size badan membuatkan saya sering dijadikan adik bongsu dan seringkali di buli oleh kakak dan abang olok-olok saya. saya sering memberontak dalam hati! tapi saya tak mampu untuk meluahkan apa-apa, kerana pada waktu itu saya kurang tenaga zahir dan batin. ah itu semua tidak membantutkan saya untuk mencapai impian saya.

hari berganti hari. pagi berganti tengah hari, tengah hari berganti petang, petang berganti senja, senja berganti malam, malam berganti tengah malam dan tengah malam berganti hujung malam. begitulah process pertukaran yang berlaku setiap hari yang telah di tetapkan oleh Tuhan.

bila saya bekerja di Yokowa, saya mula lupa akan impian saya. saya lupa orang keliling saya. syukur saya tak lupa Tuhan. beriman juga saya ni. hmm ye betul. lupa saya ini bertambah-tambah bila saya berjaya memiliki sebuah kereta terbantut, tak lain tak bukan, Satria R3. fuhh saya betul-betul bangga dengan pencapaian saya sekarang. hmm tapi saya rasa kosong kosong ong ong kedek kedek (najwa latif). saya tak puas. jadi saya kembali menoleh kebelakang, apa yang telah saya tinggalkan. ohh kedai bundle ku. itu impian saya. impian membuatkan saya mahu mencapai tahap kepuasan maksimun sehingga saya shrek2 3 4 kali... emmm puasnya..dengan ini saya berazam untuk menyambung kembali impian saya yang pernah terkubur suatu ketika dulu. Takbir!!