Personalie

Friday, March 30, 2012

420

standard lah kalau student. esok nak hantar kerja, harini confirm pulun kerja kaw-kaw. lepas tu mata confirm barai. tadi gua dah submit first paper gua dekat salah satu conference di kuching, sarawak. gua tak hebat mana. member-member paling koman amek masa 2'3 minggu. kadang tu tak sampai seminggu. lu orang hebat, tak macam gua. gua amek masa dua bulan nak siapkan satu paper. gua harap paper gua ini di terima. bukan untuk gua, tapi untuk supervisor gua.

lepas balik dari makmal, gua lepak bilik nad. usha-usha kasut baby dan tudung dengan shaf dan ema.
mata barai pun still lagi gagah untuk lepak-lepak. ngeh ngeh ngeh. duit tak ada, lagi mau beli. so habis terbang rm9. shaf beli sepasang kasut baby untuk dia bawak pulang ke kuching.

shaf pulang dulu ke blok untuk packing barang. gua dan ema masih di bilik nad. sembang-sembang. tak lama tu, shaf call. minta tolong hantar ke airport. gua pun oke saje, even mata gua dan kepala gua dah tak ada connection antara satu sama lain. lagipun gua memang dah tanya shaf before tu, nak gua hantar ke? disebabkan dia tahu gua tak tidur langsung, so dia agak risau lah kot. nanti airport ke mana, kereta ke mana. semua entah kemana. tapi disebabkan gua ni hero, gua steady je. ema pun follow sama.

sepanjang pemanduan gua ke senai, gua nampak je steady. tapi tak. blurrr. semua blurr. mata blur, otak blurr. dan tiba-tiba gua panas hati dengan peel si boyood yang duduk sebelah shaf tu. eh lu tahu tak, gua menyampah tengok lu?? gua baru speed 100km/j, lu dah suruh slow. "rilek jak". kepala hotak lu. habis yang lu suruh gua ikot tol tu apekejadahnya?? kena tol rm0.80 tu lu kata murah. kepala hotak lu lagi sekali. segala benda yang kena duit ni, semua gua rasa mahal. tapi oke, sebab lu hulur duit. siap balance rm0.20 tu lu suruh gua simpan. yey! gua dapat rm0.20. hik hik hik. bila dekat tol, gua saje nak test tahap gelabah lu. up sikit je pun. 120km/j dan ternyata, lu memey gelabah. hahaha.

lepas drop shaf dan boyood, gua cari parking. saja nak teman shaf minum capucinno americano dia sementara tunggu flight dia. dari gua biarkan dia lepak dengan boyood tu, better lagi dia lepak dengan gua kot. lepak lepak lepak. lepas hantar shaf ke balai pelepasan, gua pun pulang bersama ema. dan memandu dengan kadar "rilek jak".