Personalie

Thursday, March 29, 2012

419

aku harap suatu hari nanti, aku dapat pergi ke Mekah dan berdiri di depan Kaabah. tepat dan jitu. lalu aku serahkan segalanya kepada Dia. cinta ku. kasih ku. impian aku sejak darjah 3. hmm. sehingga kini, aku masih lagi memikirkan cara terbaik untuk ke sana. dulu aku tak pilih jalan udara. sebab aku takut tinggi. aku gayat. aku tak pilih jalan air, sebab aku takut lautan luas. aku hydrophobia. hanya daratan. ya! aku pilih jalan darat. bila dah besar, baru aku tahu, Malaysia-Mekah bapak gila jauh! redah gurun, aku mati kehausan, redah hutan, jumpa anakonda. no good, no good. jadi jalan udara mungkin yang terbaik. hehe.

cemburu aku lihat sebentar tadi seorang rakan memuat naik gambar nya di Mekah. inilah yang aku rasa setiap kali melihat orang dapat ke sana. cemburu tahu tak cemburu?!

ya Allah, bukakanlah pintu rezeki ku. jika di langit, turunkanlah. jika dibumi, keluarkanlah. jika sukar, permudahkanlah. jika haram, sucikanlah. jika jauh, dekatkanlah..ameen