Personalie

Wednesday, February 22, 2012

403

lu buat gua angau. tiap masa gua asik ingat lu. cukup manis detik mula perkenalan kita. lu tinggalkan nota hijau di luar bilik study gua. lu ni boleh dikategorikan lelaki kurang daya tarikan tapi hati lu cukop suci. perlakuan lu cukop romantis. dalam banyak-banyak gadis dalam bilik 402, lu pilih gua. ye! nota hijau itu untuk gua. bukan orang lain. BUKAN! walaupun kita tak pernah bertentang mata, tapi lu bagaikan mengerti warna kesukaan gua. ini membuatkan gua makin jatuh sayang pada lu. satu fakulti gua berlari-lari anak mencari lu selepas membaca nota hijau lu. gua berharap untuk bertentang mata dan berbual mesra. tapi hampa. gua seakan hilang arah, hilang tujuan, hilang pedoman. syukur gua tak hilang dara.. hari ini, lu add gua di cctvChannel. kita berbual melalui cctv. lu sweet tau. dari skrin kecil lu tersipu malu. alhamdulillah sekali lagi kerana lu tidak membuka baju atau melakukan aksi-aksi ghairah yang boleh membuatkan jantung gua berdegup kencang dup dap dup dap. lu berbaju hitam bergaris putih. berkaca mata berbeg putih. i like your style darling! lu berjanji untuk berjumpa gua pada esok hari..ye esok hari khamis. malam jumaat. weeee. gua tak sabar nak jumpa lu, sayam!

disini gua sertakan lagu cinta kita. ;)