Personalie

Sunday, December 25, 2011

377

petang semalam dalam pukul3, aku ke ayer hitam, johor. aku pergi ke sana di temani oleh shaf dan wani. cuti-cuti memang bosan kalau duduk bilik tak buat apa-apa. nak balik rawang, tak boleh. aku dah diharamkan balik ke rawang dalam jangka masa berbulan lamanya. bukan di buang keluarga. bukan juga aku lupa keluarga. tapi sepanjang bulan 11 dan bulan 12 lepas, boleh dikatakan setiap minggu aku balik ke kampung. alasan, aku rindu kembang. huh tak logik.

sebelum memulakan perjalanan, aku mengisi minyak terlebih dahulu. sebab kalau tak isi minyak, mati tengah jalan, aku tak boleh isi gune minyak wangi. minyak wangi memang boleh di buat bahan bakar. tapi dengan isi padu yang hanya beberapa titik, memang tidak memberi apa-apa impak pada meter minyak kereta. lagipun minyak wangi yang ada dalam beg aku ni pun bukan aku punya. mungkin kakak-kakak aku punya. dorang kata rezeki nadia. ambil lah. tahu sahaja minyak wangi aku dah kering. dan beg yang aku pakai ni pun, bukan beg aku. ni beg kakak aku. aku memang hidup dalam ehsan orang sekeliling. selepas selesai masalah minyak, aku , shaf dan wani memulakan perjalanan berteman radio paling diminati wani, klasik.fm.. aku buat-buat tak dengar. sedaya upaya aku fokus pada apa yang di lontar kan oleh shaf di sebelah aku. keadaan tenang dan selamat.

aku memang tak target nak beli apa-apa sebab aku bukan jenis pengemar teddy bear. yang penuh atas katil aku tu pun, bukan aku yang beli. sebab bagi aku, membeli teddy bear adalah satu perbuatan yang membazir. iye, walaupun teddy bear comel macam beto khusyairi. feel beli sendiri dan orang bagi, adalah dua perkara yang berbeza. jadi, aku sayang bear-bear yang aku ada. bantal berbentuk bintang yang dah berumur 8tahun tu sahaja yang aku beli sendiri setelah berebut dengan adhwa dekat pasaraya Soon Huat. itulah bantal untuk aku tidur. aku memang tak ada bantal. sebab bagi aku, membeli bantal juga adalah satu perbuatan yang membazir. disebabkan aku akan pening kalau baring tanpa bantal, aku gunakan sahaja bear-bear yang ada untuk menambahkan ketinggian bantal bintang yang dah kemek dan berbau. bau bantal bintang memang nikmat. ini lah strategi untuk mengelakan bantal aku dikebas oleh asha, shaf atau wani.

setelah meninjau satu persatu kedai di situ, kami telah menjumpai sebuah kedai yang memang sangat murah. inilah kesabaran orang perempuan bila membeli belah yang tak ada pada Siti Nurhaliza. teddy bear yang tingginya nak dekat sama tinggi dengan wani dan lebih gemok dari shaf beharga rm50. untuk pengetahuan umum, tinggi wani adalah 14+ dan jangan di tanya saiz kelebaran shaf. aku yang pada mulanya tidak punya rasa untuk membeli, dan setelah disetankan oleh shaf, maka aku dengan senang hati meleparkan duit rm50 kepada aunty Mely. (sebenarnya bukan duit aku, itu duit shaf dan sehingga sekarang aku tak bayar lagi.) dua teddy bear besa dan satu smurf penuh dalam kereta. oke, jum balik. kita buka kedai teddy bear dekat skudai.