Personalie

Friday, September 9, 2011

"mak! ya takde duit!" gua jerit dalam hati aje. tak terluah di mulut. baru kejap tadi mak gua call. terkejot gak. ingat ery pecah rahsia. tapi mak rindu aku. syahdu ;( ya rindu mak jugak! heee

gua ingat duit simpanan gua cukup sementara gua bergantung hidup dengan duit grant. tapi gua rasa duit grant dapat lambat lagi kot. nampak sangat duit simpanan gua cipot je kan. gua lupa gua kena buat medical checkup, beli stem hasil. gua bukan lupa, tapi gua memang tak tahu! gua dapat offer letter pun time gua dah sampai sini. pihak sekolah pengajian siswazah tak sempat pegi pos office sebab dah kemaruk nak beraya. tapi gua cool. sebab gua memang tak suka marah-marah. bayar sewa bilik, makan, minum, dan beli kelengkapan lain tu harus gua setelkan juga.

gua pun tengah sibuk-sibuk usha line part time job! hidup tak boleh malas! gua kena kerja keras. gua kena berkorban. hidup tak boleh bergantung hanya pada satu dahan. bila satu dahan patah, kita tak lelah. untuk sentiasa sihat dari penyakit lelah, gua harus ada banyak dahan.

gua pegang prinsip gua. ikhlas! insyaAllah. tuhan akan tolong. gua yakin.