Personalie

Wednesday, August 24, 2011

perlahan-lahan.
nak ke kiri, aku takut.
nak ke kanan, aku was-was
nak ke belakang, aku tak mahu.
nak ke depan, aku keliru.

kalau tuhan asik bagi tunjuk jalan lurus je sebelum berjaya, kita tak akan belajar nilai kehidupan.

memang kita mahu berjaya.
memang kita ada harapan.
memang kita punya impian.
memang kita ada hasrat untuk berjaya.
semua kita mahu.

tapi kalau buat itu tak mahu.
buat ini tak mahu.
habis? apa yang diri kita mahu?

mungkin hingga kini kita sendiri tak pasti jalan kita pilih.
percaya, setiap perjalanan itu , ada isi tersendiri.
jalan kita tak penah kosong.
cuma kita ambil peduli atau tidak.

dan bila dari mula niat bercanggah dari motif sebenar kita berjalan ke arah itu,
menyebabkan kita sering ragu-ragu dalam perjalanan kita. aku ulang semula rangkap tadi.
nak ke kiri, aku takut.
nak ke kanan, aku was-was
nak ke belakang, aku tak mahu.
nak ke depan, aku keliru.

dalam satu jalan itu, pasti ada cabang-cabang.
bila satu cabang patah, kita masih ada cabang-cabang lain.
tiru gaya monyet. tak penah takut untuk lompat ke cabang lain.
sama ada cabang itu kukuh atau rapuh, yang pasti monyet akan terus melompat.
jangan belagak sombong tak mahu ikut gaya monyet. yelah, monyet tak ada otak macam kita.
di setiap inci persekitaran kita, membawa erti tentang kehidupan.
sedar atau tidak?