Personalie

Friday, July 22, 2011

minggu ini tuhan bagi dugaan hebat untuk gua. tuhan tarik balik dua kesayangan gua. arwah opah yang telah pergi tanpa diduga dan fixie merah puteh yang telah di rembat pagi tadi oleh penyangak..

dua-dua gua sayang.

arwah opah. perginya setelah berbulan lamanya menangung sakit. setiap kali pandang, gua pilu. diam. kali terakhir gua layan arwah opah adalah apabila opah nak makan kuah durian campur nasi. ahh layankan aja. opah terlalu kurus. jadi apa yang dia mahu, aku beri aja. tak sempat abah nak bawak opah jalan-jalan dengan kerusi roda. gua sekeluarga dah lama bercadang nak beraye dekat rumah paklong dekat Terengganu tahun ni. cukup excited. sebab gua sendiri tak pernah ke terengganu. kalau lah opah ada...hmm.. sehari sebelum opah pergi, opah minta nana pakaikan baju. yelah. dah lama opah hanya sarung kain batik sampai ke dada aja. opah dah nampak apa yang gua sekeluarga tak nampak...

fixie... kepunyaan apit. tapi gua sayang. sedih gua tengok apit pergi jalan kaki ke sekolah. apit beli guna duit gua. ahh rezeki si pengambil harta orang. gua harap dia dapat apa yang dia nak dengan duit non halal yang dia peroleh dari penjualan fixie apit.

sekarang, gua lapa. gua tak makan lagi.