Personalie

Sunday, December 12, 2010

part time job

setelah berhempas pulas bekerja sampai nak terjojol urat kepala, akhirnya gua dapat cuti panjang. sehinggalah hari ini. hari ini sahaja sebab hari ini pailang bagi kerja dekat gua. setelah memberi briefing kepada gua, pailang keluar dari kawasan perjudian..dan gua mula memandang ke langit. kenapa wajah-wajah kartun juga yang muncul dalam kotak pemikiran gua. jangan beb! jangan disebabkan kartun-kartun itu, gua akan dimaki dikemudian hari. fuh fuuh berambus kau!

setelah memandang ke kiri ke kanan ke depan ke belakang. gua dapat ilham. gua dapat mood. gua mahu mula melakar seni. dah siap. tapi gua tahu, sebentar lagi gua akan dikecam hebat. jiwa gua dan jiwa pailang tak sama. jiwa gua jiwa warna warni. jiwa pailang hanya warna hitam. tapi kali ini, gua tegar!

seringkali gua tertanya-tanya tergaru-garu terkial-kial, adakah kerja yang tidak memerlukan gua membabi buta kan perasaan gua, pemikiran gua, jiwa gua hanya untuk memenuhi segala jenis hapekejadahnya kehendak pelangan-pelangan setia gua? ada tak? jika ada kabarkan pada hamba. even masak pun, customer kita adalah si pemakan. kurang gula, kurang garam, lebih ajinamotokkk. banyak lah lu punya complaint!! bikin sistem, kena follow client's requirement. ahh buat masa ni, memang tak ada keje yang tak perlu deal dengan orang lain melainkan lu duduk diam-diam dekat rumah.

tapi seringkali juga gua muhasabah sarawak kan diri gua. tiada pembaharuan dalam hidup melainkan gua mengambil semua carutan-carutan yang gua anggap biadap dan mencabar hak asasi gua itu sebagai suatu yang positif.