Personalie

Saturday, December 11, 2010

JAZAK-ALLAH


hi! saya dah sign and hantar kamu punya tesis ke pejabat am petang tadi. semalam saya sangat sibuk siapkan markah dan tak sempat jumpa sesiapa. congratulation to all of you and all the best for your future undertakings.

from: Dr.Azurah A.Samah...

hari itu, buat kali pertama saya salam tangan puan. esoknya puan akan berangkat ke jepun. kalau boleh, saya tak mahu puan pergi. saya mahu lagi bersama puan. saya lihat puan. saya lihat suami puan. puan tahu tak saya terlalu sedih tika itu? syukur waktu malam. gelap.

saya antara anak murid puan yang suka buat suka hati saya. saya degil. selalu buat appointment, tapi tak pena saya tepati. saya diam bila tiba masa. saya suka lari-lari. saya takot jumpa puan. saya selalu merungut. saya selalu sedih bila puan ugut nak fail kan saya. setiap kali puan kata begitu, terbang semangat saya. saya juga hampir-hampir terjatuh setelah beberapa teman dibawah seliaan puan memutuskan untuk menyambung projek sarjana muda mereka pada semester hadapan. syukur saya ada kawan-kawan yang sering beri semangat dan pertolongan kepada saya. terima kasih..

puan... masih berbekas rasa terharu saya bila puan ucap "terima kasih".. bagi saya itu terlalu besar...masih terasa cubitan-cubitan berbisa puan. saya buat-buat muka tahan sakit, padahal geli hati. hahaha mula-mula memang tekanan. tapi lama kelamaan, saya suka.. hari terakhir kita bertemu, saya kata saya mahu tunggu puan sampai 8 dec 2010. mula-mula memang puan suruh tunggu. sebab thesis saya tak sign lagi. tapi puan beri kemudahan kepada saya. puan izinkan saya pulang awal ke rumah dengan menyuruh saya menghantar thesis saya kepada kak kib. puan kata puan yang akan selesaikan semua nya. dalam hati saya "ehh biar betol?..." terima kasih sekali lagi puan..terima kasih..