Personalie

Friday, November 19, 2010

bra bra vo

petang tadi gua duduk depan tv. sambil layan tv, gua hisap rokok 5 batang sekaligus. habis semua gua hisap. terlalu busan baii..cerita semua slow. kalau drama indon lagi tak boleh blah. tengok 1st episod dah tau ending dia macam mana. heroin mesti kena buli kaw-kaw dengan perempuan jahat. hero plak lembik tak beragak. hambek kau. bertubi-tubi perkataan bodoh keluar dari mulut gua. ya! tu je gua mampu buat.

heroin wajib cantik cun melecun muka suci tadak jerawat tona kulit sekata. hero pula mesti hensom kacak bergaya selekeh tape, janji perwatakan agak-agak macam laki melayu terakhir.. perempuan jahat mesti huduh gerun lipstik kaler hitam.laki jahat mesti pakai kot semart rambut kasi kilat-kilat, gel rambut biar sampai menitik-nitik dekat koler baju. nak tambah lagi gerun, letak sikit parut dekat muke.

standard gua, kalo tengok drama, emo terlebih. gua selalu menterbalikkan apa yang gua lihat depan mate gua. maksud gua drama yang gua tengok. yang heroin tulah sebenarnya macam cilaka dalam dunia realiti. oke gua bagi contoh cerita femes dekat tv3, nurkasih (dua episod je gua tengok). heroin tiz zakiah. gua tak cakap dia jahat baii. tapi beza kot perwatakan dalam drama dengan dunia realiti. watdehekk derr.

lu orang tengok gua huduh, bodoh, selekeh, muka bertepek siti situ sana sini jerawat, gigi hilang arah tujuan dan bahasa standard ahli sihir anggap gua perempuan jahat. go on beb! gua memang SELALU menganiyai perempuan baik.

gua tengok perempuan baik dari jauh sambil isap rokok 2 batang. kesian baii perempuan tu tengah nangis! tingin benar gua lap air mata tu dengan tapak kaki gua.

gua tepuk tangan. sekali dua gua tepok bontot. bra bra vo. bagus pengarah filem. hebat. dapat timbulkan rasa benci meluat simpati kesian dalam diri penonton pada perempuan jahat.. lu mampu buat para penonton ibu-ibu bapak-bapak semua memandang hina perempuan jahat. bra bra vo again dude!