Personalie

Wednesday, November 3, 2010

bila berdua, ingat..pasti ada yang ketiga.

kadang-kadang aku tak tahu mana datang kesabaran dan ketenangan bila aku sedang berhadapan satu masalah sosial dikalangan remaja kurang celik akal. mungkin sebab aku gadis sejati, akan bertindak bila masa memerlukan. mungkin juga aku ultraman, akan bertindak bila manusia terpekik "HELP HELP".

kadang-kadang aku terasa nak nangis. masyaAllah, aku tak pernah terfikir macam ini kau, macam ini dia. macam ini rupa orang sekeliling. aku tak sangka, orang yang cakap baik-baik depan aku rupa-rupanya si bangsat lidah biawak. Yang tikam belakang, hipokrit dan lain-lain.
kau tahu betapa hebat nya godaan setan waktu ini? kalau aku TAK tampor si setan tu, memang kau lah mangsa penampor aku.

walaupun kadang-kadang aku tak terdaya layan hasutan setan, tapi akal aku masih active. aku masih tidak membataskan lagi akal untuk berfikir. haruskah aku bertindak seperti orang mabuk minum todi? haruskah aku mengeluarkan kata-kata bodoh yang akhirnya memamah aku sendiri?

Takpe, aku okey dan akan sentiasa okey. Doakan semua baik-baik saja ye.