Personalie

Sunday, October 31, 2010

fragile

kadang-kadang saya geli hati dan jijik melihat keletah manusia yang suka jilat-menjilat. air ludah yang telah dia hina sehina-hinanya. geli. serupa manusia tiada maruah. bermuka-muka. muka-muka yang semuanya huduh. huduh muka nya bergerak seiring dengan huduh tingkah lakunya..

hidup ini Tuhan hadapkan dengan seribu juta kali cabaran. tapi Tuhan tidak zalim malah tuhan tu adil dan bijaksana Dia hadapkan pada yang mampu. Dia tahu hambaNya ada perisai hebat. jadi Dia hadapkan peluru pada kita. bila tuhan kata "kun faya kun" maka jadilah..

oh tuhan. Selamatkanlah dunia dari zaman kegelapan dan golongan yang tak bertamadun. saya tahu, tuhan takan abaikan hambanya yang minta benda baik.Tuhan maha pemalu dan pemurah. Tuhan malu untuk tidak tunaikan doa hamba-Nya yg bersungguh-sungguh.