Personalie

Sunday, October 31, 2010

bila saya mula merasa sesuatu

pandai susah, bodoh susah. diam susah. cakap-cakap pun susah. kita cakap begini, orang fikir begitu. kita kata begitu, orang tokok-tambah begini. dats why i hate most about the cyber space. how easily we misunderstand each other and how easily kita terasa.

saya pernah dengar. satu situasi sama tapi dua penyampaian berbeza. saya ragu-ragu. mana harus saya pilih. saya ada dua pilih. ingat senang nak choose? jadi saya diam. beri masa pada diri saya untuk menilai. saya telan dua-dua pilihan.

suatu hari, saya duduk di kerusi tepi kolam. tiba-tiba saya terlihat satu adegan/situasi yang sama macam semalam. seakan-akan sama. saya lihat dan turut merasa. saya mula merungkai apa yang terpendam semalam. err err lemah kan saya untuk buat keputusan? ya, kini saya sudah ada jawapan.

kita ada akal, ada mata, ada telinga, ada rasa. kenapa tuhan bagi semua nikmat ini dekat kamu? mesti ada sebab. jangan guna satu je. guna semua. membazir jika kita guna satu saja nikmat. lebih baik tuhan bagi nikmat melihat pada si buta, nikmat mendengar pada si pekak. jangan matikan akal kita. jangan bunuh hati kita. tuhan mahu kita merasa nikmat hidup di dunia ni sebelum kita tempuh akhirat kekal abadi.

luluh hati bila lihat manusia boleh dijaja dan dibeli dengan harga begitu rendah. murah. mega sale dekat Sogo. mana pergi maruah? hilang sudah? kita yang memandang tak rugi. sikit pun tak luak.

hmm..Allah is the greatest and the best planner